Farrashigim dan Azrinna menggabungkan kreativiti dan minat dalam menghasilkan produk Adara White di bawah label DNA Health And Wellness.
Kombinasi dua sahabat ini telah mencetuskan Adara White yang dihasilkan untuk setiap wanita yang mengidamkan tubuh badan yang sihat, cantik, tegang serta intim. Farrashigim,27 dan Azrinna,24 adalah intipati pada penubuhan jenama DNA Health And Wellness.
Adara White adalah produk sulung cetusan mereka yang diterjemahkan dengan gabungan kombinasi 4 dalam 1 iaitu Pueraria Lobata, Marin Collagen, Kacip Fatimah dan Manjakani dihasilkan untuk wanita yang mengimpikan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran.
Menurut Farrashigim, tiada satupun sistem antipenuaan boleh menjadi efektif tanpa bekalan kolagen dalam badan dan kolagen pula tidak boleh diperolehi daripada makanan harian. Dengan mengambil Adara White, ia tidak perlu dihadamkan seperti makanan bahkan kolagennya tersedia dalam bentuk peptide ringkas yang mana secara langsung diserap dan digunakan oleh badan.
Farrashigim percaya ramai gadis serta wanita mahukan wajah tampak muda sentiasa serta memiliki raut wajah yang cerah. Ianya penting untuk keyakinan diri dan pada waktu yang sama, anda mahukan orang disekeliling anda tidak jemu-jemu melihat wajah anda yang tampak bersinar, bercahaya serta tegang.
Kata Azrinna, mereka mendapat ilham untuk menghasilkan Adara White kerana ramai wanita yang mahukan kulit yang lebih halus serta tegang. Wanita juga mudah risau dengan garis halus dan kedutan di sekitar mata serta sekeliling bibir. Untuk itu, mereka berdua sepakat untuk melakukan kajian bersama pakar nutrisi untuk menghasilkan produk yang dapat menjadikan raut muka tampak lebih muda serta waktu yang sama memberi bentuk badan yang cantik dan sihat. Adara White pastinya menjadi rebutan wanita masakini kerana mempunyai kombinasi Kacip Fatimah dan Manjakani di mana khasiatnya memang diketahui baik untuk kesihatan dalaman wanita.
Menurut Azrinna lagi, pengambilan Adara White adalah untuk gadis serta wanita yang mementingkan penjagaan dalaman diri mereka. Untuk gadis muda, persiapan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan amatlah penting agar bakal suami akan lebih menghargai anda kerana anda telah menjaga aset anda sebaik-baiknya sejak dari usia muda. Untuk wanita yang telah berkahwin pula, pastinya suami akan menyayangi anda seperti mana rasa cinta yang dirasai sejak malam pertama perkahwinan.
“Kami mahu keunikkan dan kehebatan Adara White dirasai oleh semua wanita yang menyayangi diri sendiri. Ianya amat mudah diambil kerana hanya perlu buka sachet Adara White dan terus dituang kedalam mulut. Rasanya amat sedap membuatkan anda tidak sabar menanti hari esok untuk meneruskan pengambilannya setiap hari.”
Setiap kotak Adara White didatangkan dengan 14 sachet dan setelah dua minggu anda akan rasa perubahan pada diri anda dan pasti mahu meneruskan pengambilannya sebagai rutin harian.
Kedua-dua sahabat baik ini mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menjadi pengedar produk Adara White yang kini telah berada di pasaran. Untuk produk Adara White, Farrashigim menjadi tunggak produk tersebut manakala akan muncul di pasaran tidak lama lagi produk Izzy Slimm yang dihasilkan untuk wanita serta lelaki yang akan dikendalikan oleh Azrinna sepenuhnya.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk Adara White, bolehlah berkunjung ke DNA Health And Wellness di Suite 43-G,Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau menghubungi Farrashigim dan Azrinna di talian 03-41427200, 019-2341011 dan 010-2468446 atau Facebook: Adara White